29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia perlu bina daya tahan ekonomi domestik – PM

    Shopee Sale

    Malaysia perlu membina kekuatan daya tahan ekonomi domestik melalui peningkatan ilmu dan kepakaran dalam kalangan anak muda bagi mendepani cabaran global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata pendekatan itu penting supaya Malaysia mampu bergantung kepada keupayaan sendiri sekali gus memastikan negara lebih selamat dan aman sekiranya berlaku ketidaktentuan dasar ekonomi dunia.

    “Kita perlu membina kekuatan dalaman dulu, daya tahan ekonomi domestik, walaupun kita menggunakan teknologi asing tetapi kita harus mencari kaedah-kaedah baharu dan ini ditentukan oleh anak-anak muda.

    MENARIK:  Permohonan MyCC kembalikan denda RM86.77 juta terhadap Grab ditolak

    “Dengan dasar yang jelas, maksudnya kita bergantung lebih kepada keupayaan kita, hidupkan perniagaan, pengurusan dan kepakaran tempatan,” katanya pada Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL bagi Fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) ECRL di Kuala Lumpur hari ini.

    Justeru itu, Perdana Menteri mahu anak muda yang diberi peluang menimba ilmu dan kemahiran di negara luar agar sentiasa berdisiplin serta memanfaatkan segala pengetahuan dan kepakaran yang diperoleh untuk menjadi generasi lebih baik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah