26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Majlis Ulama Umno gesa menteri bukan Islam lebih berhati-hati

    Shopee Sale

    Majlis Ulama Umno memperingatkan menteri bukan Islam lebih berhati-hati memberi ulasan berkaitan perkara yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam.

    Perkara itu, kata badan itu, bagi mengelakkan persepsi negatif sehingga ada pihak boleh "menunggang" dan “memprovokasinya sebagai ancaman terhadap Islam”. 

    “Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama ini merupakan model terbaik bagi mewujudkan perpaduan kaum seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

    “Justeru, semua parti-parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan perlulah mengekalkan keharmonian dan sensitiviti semua kaum,” katanya.

    Majlis itu berkata demikian mengulas isu berkaitan jualan sandwic ‘ham’ yang didakwa menggunakan logo halal tidak sah serta peluasan sekatan jualan arak di Ipoh, Perak.

    MENARIK:  Tiada rundingan diplomatik dengan China mengenai Beting Patinggi Ali

    Dalam kenyataan hari ini, Majlis Ulama Umno menegaskan bahawa kerajaan berjaya memperkasakan Islam sebagai kesinambungan kerajaan Umno dan BN sebelum ini.

    “Majlis Ulama Umno akan terus berperananan menyuburkan Islam dalam negara dan mempertahankan asas-asas utama Perlembagaan Persekutuan melibatkan Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu dan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana prinsip yang dijunjung dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah