29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahathir desak Anwar undur: Perjanjian dagang AS gugat kedaulatan negara

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa perjanjian dagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat bukan sahaja melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah turut menggugat hak serta kedaulatan negara termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu.

    Menurut Mahathir, perjanjian yang ditandatangani kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim itu bersifat berat sebelah dan menyebabkan Malaysia kehilangan sebahagian besar kebebasan untuk menentukan dasar serta keputusan sendiri.

    “Perjanjian itu sebenarnya menghapuskan kebebasan kemerdekaan negara. Kita terpaksa membeli barangan bernilai USD150 bilion daripada Amerika Syarikat, termasuk 30 pesawat Boeing dan gas bernilai tiga bilion setiap tahun.

    "Banyak paksaan terhadap kita sehingga untuk buat perjanjian dengan negara lain pun perlu rujuk Amerika dahulu,” katanya selepas menghadiri sidang meja bulat berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (RTA) antara Amerika Syarikat dan Malaysia bersama parti-parti politik serta NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

    Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa perjanjian ART 2025 yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah, dan perkara itu telah diteliti secara serius oleh Jemaah Menteri.

    Namun, Mahathir menolak penjelasan tersebut, dengan mendakwa hampir keseluruhan hasil dagangan negara kini digunakan untuk membeli barangan dari Amerika Syarikat, sekali gus mengehadkan akses Malaysia ke pasaran global.

    MENARIK:  Bapa calon BN PRK Mahkota meninggal dunia

    “Kita sudah hilang hak menentukan dasar sendiri, sama ada barangan itu baik atau tidak, murah atau mahal, kita terpaksa terima,” katanya lagi.

    Tegasnya, tindakan kerajaan menandatangani perjanjian tersebut bercanggah dengan semangat kemerdekaan 1957 serta peruntukan asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

    “Apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan dengan perlembagaan. Dia tidak berhak menggadaikan negara tanpa kelulusan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

    “Ini juga boleh menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Artikel 153,” ujar Mahathir.

    Dia memaklumkan sidang meja bulat hari ini turut mencapai kata sepakat untuk menolak perjanjian tersebut dan berikrar mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara.

    “Kita semua bersetuju untuk menolak perjanjian ini dan akan mengambil langkah yang sesuai bagi mempertahankan kedaulatan negara,” tegasnya.

    Pada sidang media sama, Mahathir bersama beberapa NGO dan parti politik mengumumkan 12 resolusi bersama bagi menolak perjanjian tersebut.

    Antaranya, mereka menegaskan klausa keluar atau exit clause yang disebut oleh Anwar hanyalah helah yang tidak akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada peranangkap perjanjian itu.

    “Satu-satunya ‘exit clause’ yang ada sekarang adalah untuk Anwar dan kabinetnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah