28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Letak rokok di bahagian tak halal? Naim bincang dengan  KPDN

    Shopee Sale

    Menteri agama Mohd Na'im Mokhtar akan berbincang dengan rakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkaitan cadangan meletakkan rokok dalam bahagian tidak halal.

    "Daripada perspektif kita ialah bahagian fatwa itu (pengharaman rokok).

    "Jadi, sejauh mana nak menentukan (rokok) itu duduk di seksyen halal atau tidak, yang itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

    “Jadi, saya akan cuba bincang," katanya seperti dilaporkan media.

    Mohd Na'im Mokhtar

    Dia ditanya pemberita berkaitan cadangan itu memandangkan rokok telah lama difatwakan haram untuk umat Islam.

     Na'im berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) di Bangi, hari ini.

    MENARIK:  Dakwa rasuah: Chegubard direman dua hari

    Bahagian jualan tidak halal di kedai dan pasar raya biasanya menempatkan babi dan arak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah