25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki tikam ibu dengan gunting direman tujuh hari

    Shopee Sale

    Lelaki yang dipercayai menikam ibunya hingga maut menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau di Georgetown petang semalam direman selama tujuh hari.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 40 tahun dan mempunyai masalah mental itu direman mulai hari ini hingga 22 Jun depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    “Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Semalam, seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anak kandungnya yang mempunyai masalah mental.

    MENARIK:  Kumpulan siswa gesa UKM dedah perolehan tender

    Suspek yang juga anak bongsu itu dikatakan telah menghubungi abangnya kira-kira 5 petang memberitahu telah menikam ibu mereka dengan gunting.

    Kejadian dimaklumkan kepada polis yang kemudiannya membuat tangkapan ke atas suspek di kediaman terbabit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah