24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki maut, wanita cedera pokok tumbang di KL

    Shopee Sale

    Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dipandu mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian berasingan di ibu kota susulan ribut dan hujan lebat petang tadi.

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan kejadian membabitkan mangsa maut berlaku di Persiaran Dutamas, Taman Duta di sini.

    "Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM)," menurut kenyataan itu.

    Sementara itu, seorang wanita berusia 30-an cedera selepas kereta dipandu dihempap pokok tumbang di Jalan Metro Prima, Kepong Baru.

    MENARIK:  Penternak serah memo kedua pada MB, dakwa operasi tangkap lembu tak sah

    Menurut JBPM Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan antara 4 petang hingga 5.30 petang tadi berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar ibu kota susulan cuaca buruk.

    “Pasukan bomba telah dikerahkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja penyelamatan, pembersihan serta pemotongan pokok tumbang bagi memastikan keselamatan kawasan awam terjamin,” menurut kenyataan itu.

    Kesemua insiden telah ditangani oleh pasukan bomba Kuala Lumpur dan situasi berjaya dikawal serta kerja pembersihan dilaksanakan dengan segera di semua lokasi terjejas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah