28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 82,000 petugas kesihatan dikecualikan bekerja syif 45 jam seminggu

    Shopee Sale

    Kerajaan bersetuju memberi pengecualian terhadap pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu kepada lima skim perkhidmatan kritikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), dengan menetapkan waktu bekerja hanya 42 jam seminggu.

    Pengecualian itu melibatkan seramai 82,637 petugas barisan hadapan, merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan serta pembantu perawatan kesihatan.

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh petugas kesihatan terhadap pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

    MENARIK:  Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman

    “Kerajaan meneliti secara mendalam keperluan operasi serta hakikat tugas kritikal yang dipikul oleh petugas kesihatan yang terlibat secara langsung menyelamatkan nyawa pesakit dari katil ke katil tanpa mengira masa.

    “Tanggungjawab sebegini menuntut tahap kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang amat tinggi,” menurut kenyataan itu.

    Menurut JPA, langkah berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI yang sentiasa mendengar suara rakyat dan menjaga kebajikan petugas kesihatan yang menjadi tunjang utama sistem kesihatan negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah