29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laluan penerbangan baru keputusan komersial syarikat penerbangan – MOT

    Shopee Sale

    Sebarang keputusan berhubung perkhidmatan penerbangan ke mana-mana laluan adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

    Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa, kementerian itu berkata keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.

    “(Atas dasar itu) kerajaan sentiasa terbuka dan menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan Malaysia atau China untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus dari China ke mana-mana destinasi di negara ini, termasuk ke Labuan,” katanya.

    Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) sama ada kerajaan mempunyai peranancangan untuk membuka dan membenarkan penerbangan terus dari China ke Labuan dalam konteks meningkatkan ekonomi, terutama sektor pelancongan.

    Mengulas selanjutnya, MOT berkata pihak Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) turut menawarkan insentif kepada mana-mana syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan kendaliannya, termasuk Lapangan Terbang Labuan melalui Program Airline X-celebration.

    MENARIK:  RUU Perkhidmatan Parlimen: Syabas tapi ini belum versi ideal, kata Bersih

    Insentif itu diberikan dalam bentuk rebat pendaratan, sewaan pejabat di lapangan terbang dan sokongan pemasaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah