29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K'jaan komited tingkat persepsi global terhadap ketelusan tadbir urus negara

    Shopee Sale

    Kerajaan terus berusaha secara bersepadu untuk meningkatkan persepsi global terhadap kecekapan dan ketelusan sistem tadbir urus negara.

    Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2024 dijadikan titik rujukan dalam merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai kedudukan 25 teratas dunia dalam CPl menjelang 2033.

    Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini mengumumkan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam CPI 2024, untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

    Menurut kenyataan itu, kerajaan terus komited untuk memperhebatkan usaha

    Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan terus komited untuk memperhebat usaha dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

    MENARIK:  Buka Padang Merbok bukan alasan sekat berhimpun di Parlimen - PSM

    Bagi tujuan itu, Pasukan Petugas Khas CPI diterajui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang mula bersidang sejak Oktober 2024, akan terus meningkatkan langkah-langkah penambaikan yang strategik.

    Menurut kenyataan itu, pasukan berkenaan dianggotai pegawai kanan pelbagai kementerian, pakar berkaitan, serta TI-M dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai urus setia.

    Selain itu, enam Kumpulan Fokus CPl yang ditubuhkan di bawah pasukan berkenaan akan meneliti dapatan daripada tinjauan yang digunakan dalam penilaian CPI.

    Menurut kenyataan itu, hasil kajian akan menjadi asas kepada peranancangan serta pelaksanaan tindakan lebih berkesan dalam memperbaiki kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah