Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa siasatan polis terhadap kematian Teoh Beng Hock tidak menemui sebarang bukti yang mencukupi untuk membuktikan salah laku oleh mana-mana individu.
Atas sebab itu, kata pejabat itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
“Polis Diraja Malaysia telah merujuk kertas siasatan berhubung dengan kematian Teoh Beng Hock yang telah ditemui meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di bahagian luar koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor kepada Jabatan Peguam Negara.
“Jabatan ini telah meneliti dan mengkaji keseluruhan kertas siasatan yang dikemukakan.
Hasil penelitian terhadap keseluruhan keterangan mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk membuktikan apa jua kesalahan terhadap mana-mana individu di bawah undang-undang.
“Oleh itu, arahan yang diberikan adalah supaya tiada tindakan lanjut (No Further Action) diambil berhubung dengan kertas siasatan ini,” kata AGC dalam satu kenyataan, hari ini.





