26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan

    Shopee Sale

    Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan serta perananan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.

    Perdana menteri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata perkara itu dibincangkan ketika dia mempengerusikan mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025, yang turut dihadiri enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam, pagi ini.

    MENARIK:  Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baru Cina

    “Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Hala Tuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa, serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional.

    “Mesyuarat turut meneliti Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang dibentangkan Kementerian Ekonomi. Saya mengambil maklum langkah-langkah awal yang sedang dilaksana untuk menghadapi cabaran populasi menua, termasuk mekanisme tadbir urus rentas kementerian yang lebih menyeluruh dan bersepadu,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah