25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad esok

    Shopee Sale

    Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman bagi sembilan pertuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak akan diketahui esok.

    Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah pada 9 pagi.

    Sebelum ini, mahkamah menetapkan 31 Jan lepas untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan itu namun tarikh tersebut telah dilapangkan dan ditangguh sehingga esok.

    Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 73, bersalah atas semua pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta dalam pembelian Merdeka Palace Hotel& Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

    Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

    Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu, ke atas Mohd Isa.

    MENARIK:  Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesai secara tertib

    Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun apabila mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

    Mohd Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, telah memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021.

    Beliau bebas dengan jaminan sebanyak RM1.5 juta dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah