27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran gas: Tiada penduduk bermalam di rumah – polis

    Shopee Sale

    Pemeriksaan rapi dan penilaian tahap keselamatan akan dibuat ke atas setiap unit kediaman yang terlibat dengan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor mulai esok.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pemeriksaan akan dibuat oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

    “Pemeriksaan akan kenal pasti tahap kerosakan, rumah mana yang penghuni boleh dibenarkan pulang, mana yang tidak dibenarkan, mana yang selamat dan mana yang tidak selamat,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Putra Heights hari ini.

    MENARIK:  Video kebakaran bukan di stesen Petronas

    Beliau juga berkata sebahagian penduduk yang kediaman mereka kurang terjejas telah diberi kebenaran untuk pulang sementara bagi mengambil barangan penting seperti dokumen dan ubat-ubatan mulai 6.30 petang tadi.

    “Kita benarkan dua orang wakil dari setiap rumah untuk pulang dan mengambil barang mereka yang penting tetapi buat masa ini, tidak ada penduduk dibenarkan bermalam di rumah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah