26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KD Pendekar berjaya diapung semula – TLDM

    Shopee Sale

    Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25 Ogos lepas akibat mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan kembali petang kelmarin.

    TLDM dalam kenyataan memaklumkan kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.

    “Lokasi kapal berkenaan karam kini disahkan selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritim khususnya yang sering menggunakan perairan itu.

    “Masa hadapan kapal berusia lebih 45 tahun itu akan diputuskan bersekali dengan rancangan ‘Phasing In–Phasing Out’ kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM,” menurut kenyataan itu.

    TLDM turut memaklumkan bahawa kapal itu sedang menjalani pembaikan awalan sebelum diserahkan kembali kepada TLDM, manakala punca dan faktor menyebabkan insiden berkenaan sedang disiasat lembaga siasatan.

    MENARIK:  Sultan Brunei dalam keadaan sihat lepas dimasukkan ke IJN

    Pada 25 Ogos, KD Pendekar dilaporkan mengalami kebocoran dan kebanjiran besar akibat terlanggar objek bawah air di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor sebelum tenggelam sepenuhnya pada petang hari yang sama.

    Tiga hari selepas itu, seorang anggota penyelam TLDM Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan operasi salvaj kapal berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah