25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skandal Sabah: ‘Mr A’ buat laporan polis risau terima nasib sama Pamela Ling

    Shopee Sale

    Pemberi maklumat yang mendedahkan isu skandal rasuah Sabah tampil membuat laporan polis kerana risau akan mengalami nasib sama dengan Pamela Ling Yueh.

    Mahu dikenali sebagai "Mr A",  laporan polis itu dibuat bersama peguamnya Latheefa Koya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi ini.

    Mr A tampil membuat laporan polis dengan mengenakan topeng muka bagi mengelak dirinya dikenali orang ramai kerana bimbang ancaman keselamatan.

    Latheefa yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata anak guamnya tidak mendapat sebarang perlindungan daripada pihak berkuasa selepas mendedahkan kes rasuah membabitkan pemimpin utama Sabah.

    "Mr A telah membuat satu laporan polis demi keselamatan dirinya kerana apa yang berlaku kepada Pamela Ling yang baru-baru telah diculik dan sehingga hari ini tidak dijumpai.

    "Ini sangat menakutkan, apa kaitannya? (dengan penculikan Pamela)...kaitannya ialah dia juga seorang yang telah pergi ke SPRM untuk memberi keterangan dan bukan kali pertama, bukan kali kedua tetapi beberapa kali.

    "Kami tak mahu ulas tentang siasat yang membabitkan Pamela ataupun suami dia, tapi kami ingin tekankan persamaan dari segi keselamatan," katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

    Mr A merupakan individu yang mendedahkan beberapa siri rasuah di Sabah membabitkan ahli politik serta pemimpin kerajaan negeri.

    Pendedahan secara bersiri itu telah membongkar isu rasuah yang membawa kepada siasatan SPRM.

    MENARIK:  PAU 2025 tentukan hala tuju Umno dalam Kerajaan Perpaduan

    Dua hari lalu, Peguam Mahajoth Singh yang juga bertindak bagi Mr A menggesa supaya anak guamnya itu diberikan perlindungan.

    Jelasnya, kerisauan itu timbul selepas Pamela diculik ketika menaiki Grab sewaktu hampir tiba di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada 9 April, oleh individu yang dikatakan memakai seragam polis.

    Namun, kejadian itu hanya diketahui umum pada 2 Mei lalu.

    SPRM pada 29 Meil lalu menjangkakan laporan forensik berhubung video dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun di Sabah berkaitan isu pelesenan lombong mineral dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu lagi.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata ketika ini, pihaknya sedang melakukan penelitian rapi terhadap semua 10 klip video terbabit.

    “Laporan forensik babitkan 10 rakaman Adun Sabah itu sudah ada. Saya jangka dalam seminggu lagi akan keluar laporan," kata Azam.

    Sementara itu, Latheefa berkata Mr A turut menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali selepas membuat pendedahan itu.

    Katanya Mr A pernah membuat laporan polis pada Nov tahun lalu selepas menerima ugutan bunuh, namun tiada apa-apa tindakan selanjutnya.

    "Dia ada menerima ugutan bunuh pada bulan Nov (tahun lalu), dia buat laporan polis sebelum menerima gambar bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe yang mati dibunuh.

    "Itu adalah mesej (ugutan bunuh) secara tak langsung," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah