30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KBS sedia langkah susulan selepas keputusan rauan FAM esok

    Shopee Sale

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil langkah susulan selepas keputusan penuh rayuan dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tujuh pemain warisan negara diumumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) esok.

    Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya akan bekerjasama dengan FAM serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuh struktur dan tadbir urus bola sepak negara.

    “Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita tunggu keputusan dahulu, kemudian barulah kita bergerak. Kita kena ingat, pasukan kebangsaan bukan hanya tujuh atlet itu, tetapi ramai lagi pemain lain yang bergantung kepada kepimpinan dan pentadbiran bola sepak negara untuk terus maju.

    “Supaya karier pemain seperti Faisal (Halim) dan Arif Aiman (Hanapi) terus bersinar. Kalau kita putus asa begitu sahaja, bagaimana dengan pemain lain? Tak adil untuk mereka,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja meninjau naik taraf Kompleks Sukan Raja Muda bagi pembangunan Akademi Sepaktakraw Malaysia di Kampung Baru, hari ini.

    MENARIK:  Bas Rapid KL terbakar, penumpang alami detik cemas

    Terdahulu, FIFA mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM serta menggantung tujuh pemain berkenaan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak selepas mendapati berlaku ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.

    Menurut laporan rasmi FIFA bertajuk Notification of the Grounds of the Decision bertarikh 6 Okt 2025, hukuman itu dijatuhkan susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah