30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karikatur sindiran cerminan politik tak matang – Nga

    Shopee Sale

    Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming menyifatkan tindakan penyokong Perikatan Nasional (PN) menggunakan karikatur yang seolah-olah menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, sebagai tidak matang dan tidak wajar.

    Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan berunsur sindiran yang berniat jahat seperti itu tidak memberi sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara, malah dilihat cuba memesongkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar yang perlu diberi perhatian.

    Nga berkata Malaysia memerlukan landskap politik yang membina, bukannya membinasa.

    “Perdebatan politik harus berteraskan dasar, pelan pembangunan serta cadangan penambahbaikan, bukannya mempermainkan individu dengan cara yang kebudak-budakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Media hari ini melaporkan sekumpulan penyokong parti yang hadir bagi proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka di Tapah membawa sepanduk yang menampilkan kata-kata serta karikatur yang seolah-olah menyindir pemimpin kerajaan.

    MENARIK:  Dakwaan pasangan dipenjara curi milo untuk tampung dialisis ibu tidak benar - Maim

    PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung, dengan hari pengundian ditetapkan pada 26 April ini.

    Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah Abd Muhaimin Malek dan Timbalan Setiausaha Agung Parti SosialisMalaysia (PSM) Bawani KS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah