34 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kami terhutang budi kepada Pak Lah – PM S’pura

    Shopee Sale

    Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang sahabat kepada Singapura dan berperananan penting dalam memajukan pelbagai isu dua hala antara negara itu dan Malaysia.

    Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, dalam surat kepada isteri Abdullah, Tun Jeanne Abdullah, menyifatkan bekas perdana menteri Malaysia itu sebagai seorang yang mesra tetapi tegas dan sentiasa bersedia untuk memajukan perbincangan dalam semangat kerjasama membina dan sokongan bersama.

    “Kami terhutang budi kepada Tun Abdullah atas persahabatan beliau selama ini,” katanya. Teks surat bertarikh 14 April itu dikongsi oleh Kementerian Luar Singapura pada Selasa.

    Wong berkata Abdullah akan dikenang oleh semua sebagai seorang yang mesra dan pemurah, serta akan sentiasa dirindui.

    “Walaupun ketika menjadi perdana menteri, beliau kekal merendah diri dan memimpin Malaysia dengan kebijaksanaan serta belas ihsan,” katanya.

    Abdullah, yang mesra disapa “Pak Lah”, meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Isnin.

    MENARIK:  Kami takkan terlibat amalan tak beretika - Pengasas bersama Asia Mobility

    Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan pada Selasa.

    Sementara itu, dalam surat berasingan kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wong berkata sepanjang pentadbiran Abdullah, kedua-dua negara mencapai kemajuan dalam menyelesaikan pelbagai isu dua hala yang berlarutan.

    “Sebagai contoh, kedua-dua negara bersetuju mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai kedaulatan Batu Putih dan Batuan Tengah.

    “Sekalipun berdepan kesukaran, Abdullah sentiasa berinteraksi secara membina dan sering meredakan ketegangan dengan sikap mesranya,” katanya.

    Singapura dan Malaysia turut memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, termasuk pembangunan Iskandar Malaysia.

    Wong berkata Abdullah turut menaikkan profil ASEAN di peringkat antarabangsa dan mempertahankan semangat serantau ketika dunia melalui perubahan besar.

    “Sebagai Perdana Menteri Malaysia dari 2003 hingga 2009, Tun Abdullah menjadi inspirasi kepada ramai orang,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah