28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kak Wan, menteri kesihatan ziarah mangsa kebakaran

    Shopee Sale

    Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa melawat mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Subang Jaya, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah di Serdang.

    Beliau yang tiba pada 4.46 petang disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum dibawa ke wad untuk melawat 28 mangsa yang menerima rawatan di hospital itu.

    Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengambil masa kira-kira sejam bertanyakan keadaan mangsa dan keluarga yang datang untuk memberikan sokongan kepada ahli keluarga mereka di wad berkenaan.

    MENARIK:  Tarif baru elektrik tepat pada masa, manfaatkan isi rumah - Fomca

    Menurut data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan kepada media, 28 orang daripada mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Cyberjaya (24 orang), Hospital Putrajaya (13 orang) dan Hospital Ampang (dua orang).

    Data itu juga menunjukkan 37 mangsa dirawat di lima hospital swasta termasuk 22 orang di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), lapan orang di Subang Medical Centre, Hospital Avisena (lima orang) dan Hospital Thomson (seorang mangsa).

    Baki 41 mangsa pula sudah dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan masing-masing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah