27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jenayah Israel di Gaza adalah ‘keganasan psikologi’ – Pelapor khas PBB

    Shopee Sale

    Pelapor Khas PBB mengenai hak kesihatan, Tlaleng Mofokeng berkata bahawa serangan dan jenayah Israel di Semenanjung Gaza merupakan satu bentuk keganasan psikologi dan sebahagian daripada rancangan genosid, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).

    Mofokeng menegaskan bahawa kesihatan mental penduduk Gaza semakin merosot akibat peranang berterusan di wilayah terbabit.

    Dia memberi amaran tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap yang membimbangkan, seiring dengan keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan dan rawatan.

    Dia turut menyatakan kekesalannya terhadap situasi kanak-kanak di Gaza dengan berkata "terdapat satu generasi kanak-kanak di Gaza yang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima sijil kelahiran."

    MENARIK:  Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis

    "Kita telah mengecewakan generasi di Gaza. Jika kita tidak dapat menghentikan bom daripada digugurkan hari ini, bagaimana kita boleh berbicara tentang masa depan dan generasi akan datang?" katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah