34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jawatan PM Thailand kembali pada keluarga Thaksin 

    Shopee Sale

    Paetongtarn Shinawatra dipilih sebagai perdana menteri Thailand.

    Anak bekas perdana menteri Thaksin itu menjadi perdana menteri termuda negara Gajah Putih itu pada umur 37 tahun, lebih muda daripada ibu saudaranya Yingluck.

    Pemilihannya dilakukan parlimen dua hari selepas Mahkamah Persekutuan Thailand melucutkan jawatan perdana menteri Srettha Thavisin kerana melantik bekas banduan rasuah sebagai menteri.

    Kedua-dua mereka daripada Pheu Thai yang mendapat tempat kedua dalam pilihan raya tahun lalu. 

    Paetongtarn ialah orang keempat daripada keluarga Shinawatra yang menjadi perdana menteri dalam tempoh dua dekad.

    Tiga lagi, termasuk bapanya dan Yingluck digulingkan oleh tentera.

    MENARIK:  Beradab semasa berkempen di media sosial

    Paetongtarn, graduan daripada United Kingdom terlibat dalam perniagaan hotel keluarga Shinawatra.

    Dia menyertai Pheu Thai pada 2021 dan dipilih sebagai ketua tahun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah