30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan berasa sakit hati terhadap kejayaan negara, kata Anwar

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik, dan bukannya dijadikan bahan kecaman atau perbalahan.

    Beliau berkata antara kejayaan besar yang dicapai semasa penganjuran sidang kemuncak itu termasuk penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN serta termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja, yang wajar dijadikan kebanggaan bersama rakyat Malaysia.

    Anwar berkata pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), terhadap perananan aktif Malaysia dalam menjayakan rundingan damai di rantau ini jelas membuktikan keupayaan diplomatik negara yang semakin diyakini dunia.

    MENARIK:  Buku dirampas, Fixi cadang KDN bagi duit belanja pada pegawai

    “Apatah lagi dengan keadaan sekarang apabila nama kita harum, nama Malaysia harum. Kalau lihat dari segi sejarah, ini antara kali pertama berlaku. Gunalah kesempatan ini untuk membangunkan negara.

    “Janganlah berasa sakit hati terhadap kejayaan negara. Ini kejayaan negara. Ya, Perdana Menteri boleh datang dan pergi, naik dan jatuh, tetapi negara mesti terus diangkat dan dimajukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah