Syarikat Jakel Tradings Sdn Bhd (Jakel Trading) pernah memberi pertimbangan untuk mengambil jalan mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan tanah di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata rancangan mereka adalah untuk memfailkan saman terhadap jawatankuasa pengelola kuil Dewi Sri Pathrakaliamman kerana tempoh 11 tahun digunakan bagi mencari penyelesaian yang diharapkan.
Bagaimanapun, katanya, syarikat terbabit membatalkan rancangan mereka dan menerima nasihat diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
“Kami menunggu selama 11 tahun dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap jiran kami (Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman) tetapi dihalang oleh Dr Zaliha yang berkata ini akan menjadi isu perkauman yang besar.
“Dia mencadangkan saya berjumpa terus dengan perdana menteri,” katanya semasa berucap di majlis pecah tanah Masjid Madani di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah, hari ini.
[Laporan lanjut menyusul]





