29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izzah: Rafizi sahabat saya sampai bila-bila

    Shopee Sale

    Di tengah-tengah kempen pengundian PKR yang 'bergelora', pencabar jawatan timbalan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberikan penghargaan kepada penyandang jawatan, Rafizi Ramli.

    Tegasnya, apa jua keputusan pengundian tidak akan menjejaskan persahabatan yang terjalin sekian lama.

    Nurul Izzah menyampaikan ucapan terakhir kempennya di hadapan lebih 1,000 ahli dan pimpinan parti yang berkumpul di sebuah dewan hotel di Johor Bahru — lokasi sama pengundian pusat PKR akan bermula jam 8 pagi esok.

    MENARIK:  Jangan pandang remeh tindakan ahli keluar parti - Bekas pemimpin MCA

    "Apa pun yang berlaku, sama ada saya menang atau kalah, ia tidak akan menjejaskan persahabatan kami.”

    “Saudara Rafizi sahabat saya.

    “Bukan sahaja dahulu, tetapi sekarang dan sampai bila-bila” katanya pada majlis penutup jelajah bertemakan “Damai”, dengan mesej utama agar parti merapatkan saf selepas barisan kepimpinan 2025-2028 dipilih.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah