26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu dana ke Iran, Hamas: M’sia terbuka bertemu pegawai AS – Fahmi

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan Malaysia bersedia untuk bertemu dengan pihak Amerika Syarikat (AS) untuk membincangkan kebimbangan mereka mengenai dakwaan aliran dana dari negara ini ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas.

    Fahmi berkata perkara itu telah menarik perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dibincangkan secara ringkas semasa mesyuarat kabinet hari ini.

    Bagaimanapun, Fahmi berkata dia tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berhubung perbincangan yang sedang berjalan itu.

    Dia juga berkata mesyuarat itu tidak membincangkan bila atau jika pertemuan tersebut akan berlangsung.

    “Kami memang membincangkan secara prinsip, isu dasar,” tambahnya.

    Pada 3 Mei, Reuters melaporkan pegawai Perbendaharaan AS akan berkunjung ke Malaysia di tengah-tengah dakwaan peningkatan dana yang mengalir ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan Malaysia.

    MENARIK:  1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya

    [Baca berita asal]


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah