25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran nekad teruskan perang sehingga musuh melutut

    Shopee Sale

    Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan bahawa kempen serangan ke atas aset Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis tidak akan dihentikan selagi ancaman peranang terhadap Iran masih wujud.

    Memetik laporan Agensi Berita Mehr (MNA), Pertubuhan Perisikan IRGC mengumumkan pelancaran gelombang ke-38 di bawah Operasi "True Promise 4".

    Misi yang menggunakan kod "Ya Haidar Karrar" itu dilancarkan sempena ulang tahun syahidnya Imam Ali, dengan menyasarkan baki pangkalan tentera AS di seluruh rantau Asia Barat.

    Dalam kenyataan pada Selasa, IRGC mendakwa pangkalan helikopter AS, Al-Adairi di Kuwait, menjadi sasaran utama. Serangan tersebut dilaporkan mengakibatkan lebih 100 tentera AS cedera dan terpaksa dipindahkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

    Selain itu, operasi berkenaan turut membedil beberapa lokasi strategik lain. Antaranya, pangkalan helikopter AS dikenali sebagai Al-Adairi di Kuwait menerima dua serangan, menyebabkan lebih 100 tentera AS cedera dan dipindahkan ke hospital.

    MENARIK:  Ketua Polis Dang Wangi cedera dalam operasi kosongkan rumah Kg Sg Baru

    Menurut IRGC lagi, pangkalan strategik AS di pelabuhan Mina Salman sebagai pangkalan tentera laut kelima AS termasuk radar strategik Leeds turut disasarkan.

    Selain itu, Patriot Camp dan kemudahan perumahan tentera AS di dua pangkalan iaitu Mohammad Al-Ahmad dan Ali al-Salem juga diserang.

    IRGC seterusnya mengisytiharkan bahawa peranang menentang pengganas AS dan Zionis akan diteruskan secara paksa dan diteruskan dengan skala yang lebih besar.

    "Kami hanya mahukan musuh menyerah diri sepenuhnya. Serangan hanya akan dihentikan apabila 'bayang-bayang peranang' ke atas negara ini (Iran) tidak lagi wujud," tegas kenyataan itu.

    Setakat ini, pihak Pentagon masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan jumlah mangsa atau tahap kerosakan aset mereka di lokasi-lokasi yang dinyatakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah