25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran gesa Brics bertindak hentikan jenayah Zionis

    Shopee Sale

    Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Akbar Ahmadian menggesa BRICS untuk membantu menghentikan jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan kawasan lain yang diduduki di Palestin.

    “Malangnya, selama kira-kira setahun, rejim Zionis dengan sokongan Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan Barat telah membunuh puluhan ribu orang awam, kanak-kanak dan wanita," kata Ahmadian, lapor Agensi Berita Iran, IRNA.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di sidang kemuncak ke-14 pegawai berpangkat tinggi BRICS bagi hal keselamatan di sini.

    Ahmadian berkata tindakan rejim yang tidak mengendahkan tuntutan masyarakat global, meletakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa dalam bahaya.

    Ketua keselamatan Iran itu menggesa pegawai kumpulan BRICS untuk membantu dalam apa jua cara bagi menghentikan kekejaman dan jenayah rejim Zionis yang merampas hak rakyat Palestin.

    Ahmadian juga mencadangkan agar permintaan bagi penamatan konflik secara kekal dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan Tebing Barat serta pertukaran tawanan dimasukkan dalam kenyataan akhir mesyuarat BRICS.

    MENARIK:  Tuanku Muhriz: Pentadbiran wajar diteruskan seperti biasa

    Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran itu turut menyatakan penghargaan terhadap tindakan kerajaan Afrika Selatan dan beberapa negara lain yang hadir dalam mesyuarat berkenaan kerana memfailkan kes di mahkamah antarabangsa terhadap genosid dan jenayah Israel ke atas rakyat Palestin, dan menyatakan sokongan negaranya dalam hal itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah