30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gangguan Aerotrain: MOT arah APAD buka siasatan terhadap MAHB

    Shopee Sale

    Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) susulan gangguan terbaharu perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

    Menterinya Anthony Loke berkata langkah itu diambil berikutan perkhidmatan Aerotrain telah beroperasi selama beberapa bulan dan kementerian memandang serius setiap insiden gangguan yang berlaku.

    “Pada peringkat awal operasi, kementerian mengambil maklum bahawa MAHB memerlukan masa untuk menyesuaikan diri memandangkan perkhidmatan ini masih dalam fasa penyesuaian awal.

    “Namun, selepas beberapa bulan beroperasi tindakan tegas akan diambil bagi setiap gangguan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata lesen pengendali yang dikeluarkan kepada MAHB menetapkan bahawa syarikat itu wajib memastikan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan kepada pengguna.

    MENARIK:  ‘Awak menteri atau tak, saya akan ambil tindakan’

    Loke berkata mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun hingga RM250,000 bagi setiap kesalahan.

    Terdahulu, perkhidmatan Aerotrain di KLIA dilaporkan sekali lagi mengalami kerosakan awal pagi tadi, memaksa penumpang membawa sendiri bagasi dan berjalan dalam gelap di atas platform.

    Sejak kembali beroperasi pada Julai 2025, perkhidmatan tersebut telah mengalami beberapa gangguan, termasuk kejadian melibatkan gangguan kuasa pada 15 Okt lepas.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan di Dewan Rakyat awal bulan ini sebanyak 19 insiden direkodkan antara 2 Julai hingga 30 Sept.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah