25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dana bina lebuh raya: SPRM ambil keterangan Tan Sri

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

    Menurut sumber, dua pegawai penyiasat daripada SPRM melaksanakan proses terbabit di kediaman Tan Sri berkenaan yang terletak di ibu negara.

    Selain itu, sumber memaklumkan SPRM turut melakukan serbuan di kediaman Tan Sri berkenaan di Melaka, namun tiada sebarang rampasan atau sitaan.

    MENARIK:  Isu cukai tanah Pulau Pinang: KM akan serah laporan kepada Loke

    Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan daripada Tan Sri terbabit selepas beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital.

    Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah