26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Buat balik video promosi pelancongan tindakan wajar – Menteri

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menyambut baik keputusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk menghasilkan semula video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

    Ini selepas kontroversi montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang dikecam kerana tidak memaparkan imej masjid, sebaliknya hanya menampilkan kuil dan gereja.

    “Tindakan ini wajar dan tepat kerana ia perlu mengambil kira semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, di samping menghormati kemajmukan masyarakat Malaysia.

    "Selain itu, sepertimana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada negara Malaysia,” katanya pada satu kenyataan.

    Menteri menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuh perpaduan dan menyokong agenda memajukan negara.

    MENARIK:  Sarapan, makan tengah hari, makan malam semua RM5 di ‘kedai Rafizi’

    Usaha memperkukuh syiar Islam, kata Mohd Na’im menjadi keutamaan kerajaan yang sedang giat dilaksanakan melalui agenda Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah.

    Na’im turut memaklumkan pengukuhan Islam sedang digerakkan secara bersepadu melibatkan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa agama Islam negeri, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

    Klip montaj pada majlis pelancaran TMM 2026 sebelum ini mendapat kritikan pemimpin PN yang mempertikaikan ketiadaan imej masjid, yang dilihat tidak menggambarkan kedudukan mulia agama Islam sebagai agama Persekutuan.

    Keputusan Motac untuk menghasilkan semula video tersebut dilihat sebagai langkah proaktif meredakan kontroversi, sebagaimana penjelasan Menterinya Tiong King Sing untuk memastikan ia lebih inklusif, sejajar dengan imej negara yang menghormati kemajmukan budaya dan agama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah