27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Botol diguna cari mangsa tanah jerlus – IGP

    Shopee Sale

    Botol antara objek digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Masjid India untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir saluran paip kumbahan dan lurang iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata hasil ujian mendapati objek berkenaan mampu sampai ke lokasi berkenaan dalam tempoh empat jam.

    "Pelbagai usaha masih diteruskan oleh semua pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam mencari wanita warga India ini.

    "Kalau mengikut aliran air, sebanyak lima hingga enam kilometer dari lokasi kejadian tanah jerlus ke loji IWK di Pantai Dalam," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau lokasi kejadian hari ini.

    Gambar hiasan.

    Terdahulu, pemimpin tertinggi pasukan polis itu diberi taklimat mengenai mengenai perkembangan semasa operasi SAR.

    MENARIK:  Abai gaji: Keputusan mahkamah pengajaran buat majikan - Sim

    "Berdasarkan maklumat, wanita warga India itu berkemungkinan terjatuh dalam kedalaman 10 meter.

    "Macam-macam kita (pasukan SAR) lakukan dalam lurang kumbahan termasuk menggunakan teknologi kamera pada waktu 12 malam hingga 6 pagi," katanya.

    Katanya, pencarian pada hari kelima ini melibatkan 100 keanggotaan daripada lima agensi berkuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah