30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekalan air di 7 kawasan terjejas dah pulih sepenuhnya

    Shopee Sale

    Bekalan air di kesemua tujuh kawasan yang terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

    Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan gangguan bekalan air itu disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Rabu lepas.

    “Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

    “Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa di saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Universiti, pihak berkuasa kerjasama kenal pasti punca letupan

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah