26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beirut digempur lagi: Israel sasar kubu kuat Hezbollah di pinggir selatan

    Shopee Sale

    Serangan udara Israel pada Khamis menyasarkan kawasan pinggir bandar selatan ibu negara Lubnan, Beirut, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita rasmi Lubnan, NNA.

    Dua serangan udara Israel itu menyasarkan kawasan yang dikenali sebagai kubu kuat Hizbullah di pinggir selatan ibu negara, menurut NNA.

    Tentera Israel mengesahkan pihaknya mula melancarkan serangan ke atas Beirut dengan mendakwa kononnya serangan itu menyasarkan infrastruktur milik Hizbullah.

    Terdahulu pada Khamis, Hizbullah menyatakan bahawa tentera Israel telah berundur selepas pertempuran dengan pejuangnya di selatan Lubnan.

    Dalam kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata mereka menyasarkan tapak ketenteraan Israel di utara Israel menggunakan sekumpulan dron.

    Hizbullah memaklumkan telah menyerang pangkalan Ein Zeitim di utara Safed dengan dron “loitering” dan turut menyasarkan kompleks industri ketenteraan Rafael di selatan Bandar Acre menggunakan dron tempur.

    MENARIK:  ‘Larangan perjalanan buat keluarga pemaju bermasalah ibarat ah long’

    Situasi di Lubnan semakin meruncing pada Isnin selepas Hizbullah menyerang tapak ketenteraan di utara Israel dengan roket dan dron sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel yang berterusan serta pembunuhan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei.

    Tentera Israel melancarkan siri serangan udara sebagai tindak balas, mengorbankan sekurang-kurangnya 72 orang dan mencederakan hampir 450 yang lain.

    Pihak tentera juga melancarkan pencerobohan darat ke selatan Lubnan.

    Israel telah berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Hizbullah yang ditandatangani pada November 2024, dengan melancarkan serangan hampir setiap hari yang mengakibatkan ratusan maut dan cedera.

    Israel memulakan serangannya terhadap Lubnan pada Oktober 2023 dan memuncakkannya menjadi peranang berskala penuh pada September 2024, mengorbankan lebih 4,000 orang dan mencederakan kira-kira 17,000 yang lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah