25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awie tak terkesan pengumuman manifesto calon PN

    Shopee Sale

    Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tidak terkesan dengan lawannya yang akan mengumumkan manifesto kepada pengundi DUN Nenggiri esok.

    Sebaliknya, kata Mohd Azmawi dia mahu menawarkan manifesto yang realistik kepada pengundi dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung 17 Ogos nanti.

    "Saya tak nak manifesto sekadar manifesto.

    "Bila kita berjaya kena laksanakan (manifesto)... (Dan) yang mampu kita laksanakan tak retorik, orang muda tak nak retorik," katanya ketika ditemui selepas perlawanan bola sepak antara artis dan Pemuda Umno di Kampung Sungai Asap, Gua Musang.

    Calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail dijangka mengumumkan manifesto kepada penduduk Nenggiri esok sebagai tawaran sekiranya dia berjaya memenangi DUN berkenaan.

    PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN dan PAS.

    Mengulas mengenai pengumuman Kementerian Kewangan untuk menyediakan mesin juruwang automatik (ATM) bagi warga Nenggiri, Mohd Azmawi menyambut baik perkara itu.

    Katanya, keputusan itu merupakan satu keperluan mendesak bagi masyarakat Nenggiri yang sememangnya amat memerlukan kemudahan itu.

    "Alhamdulillah terima kasih kepada pihak (kerajaan) yang respon dengan kehendak masyarakat di Neggiri.

    "Semestinya ini menjadi keperluan untuk sekarang kuasa (membeli) rakyat DUN Nenggiri memerlukan banyak tunai. Ia tak seperti di bandar. Luar bandar banyak menggunakan tunai, keperluan ATM amat perlu," katanya .

    MENARIK:  'Kalau dulu, kerani lebih dipandang berbanding guru'

    Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Nenggiri dijangka akan mendapat perkhidmatan ATM tidak lama lagi, menurut pengumuman MOF.

    Menurut kementerian itu, ia telah mengadakan perbincangan dengan beberapa bank tempatan mengenai penempatan mesin ATM di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, dan perbincangan tersebut telah menunjukkan hasil yang "positif."

    Kenyataan Kementerian Kewangan sebagai respon terhadap Mohd Azmawi yang akan berusaha untuk mendapatkan mesin ATM yang menjadi keperluan mendesak warga Nenggiri.

    Sementara itu ditanya mengenai kempennya yang telah memasuki seminggu, Mohd Azmawi berkata dia perlu bekerja lebih keras lagi untuk menawan hati pengundi DUN berkenaan.

    Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu Mohd Azizi Abu Naim dari PAS menang di DUN berkenaan dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah