26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    APMM nafi latihan komando di Masjid Rusila – cuma singgah solat

    Shopee Sale

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan dakwaan bahawa pasukan elitnya mengadakan latihan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 19 Sept lalu.

    Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Rosli Abdullah berkata masjid itu hanyalah lokasi persinggahan bagi para pelatih menunaikan kewajipan agama sebelum melaksanakan tugasan seterusnya.

    “Pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku,” katanya pada kenyataan hari ini.

    Rosli berkata demikian sebagai maklum balas terhadap dakwaan Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan yang sebelum ini mendakwa APMM mengadakan latihan di masjid tersebut — tindakan yang disamakan dengan tragedi Memali 1985, insiden berdarah yang berlaku selepas polis cuba menahan pemimpin PAS, Ibrahim Mahmood serta pengikutnya.

    Tragedi yang berlaku di Kampung Baling, Kedah pada 19 Nov 1985 itu meragut 18 nyawa, termasuk Ibrahim, 13 penduduk kampung dan empat anggota keselamatan.

    Ketika berucap di Dewan Rakyat petang tadi, Takiyuddin mendakwa sekumpulan 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran, menyebabkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan jemaah.

    MENARIK:  Anwar nafi wujud kecelaruan dalam menentukan kumpulan T15


    Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim turut bertanya kalau latihan itu sebahagian daripada rancangan untuk membunuh Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang ketika itu berada di masjid berkenaan.

    Mengulas lanjut, Rosli mengecam dakwaan tersebut, menyifatkannya bukan sahaja tidak berasas malah berpotensi mencemar imej pasukan keselamatan negara serta menjejaskan semangat anggotanya.

    “Maritim Malaysia tidak pernah dan tidak akan menjadikan rumah ibadah sebagai lokasi serbuan atau operasi.

    “Latihan yang dijalankan ketika itu hanyalah sebahagian daripada silibus latihan taktikal pasukan khas kami” tegasnya.

    Dia menjelaskan latihan tersebut merupakan sebahagian daripada modul survival, evasion, resistance and escape(SERE) yang dijalankan oleh pasukan khas dan penyelamat (STAR Team).

    Rosli turut mengulas isu laporan polis yang timbul, berkata ia telah diselesaikan secara baik apabila pihak masjid menerima penjelasan lanjut dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

    “Latihan STAR Team direka untuk melahirkan anggota maritim yang bukan sahaja cekap dan berani, tetapi juga berakhlak serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah