27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amanah pecat 58 ahli sebab terlibat dalam pemilihan PKR

    Shopee Sale

    Amanah melucutkan keanggotaan 58 ahlinya atas penglibatan dalam pengundian PKR, manakala 51 ahli lagi telah diberikan surat tunjuk sebab kerana disyaki turut terlibat.

    Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kesemua 109 ahli tersebut ada kaitan dengan pengundian PKR, dengan 58 daripadanya telah menyertai parti itu secara rasmi dan turut bertanding dalam pengundian yang sedang berlangsung.

    Baki 51 ahli lagi sedang disiasat atas dakwaan penglibatan mereka.

    “Kegagalan menjawab surat itu juga boleh menyebabkan mereka dipecat,” katanya merujuk kepada 51 ahli tersebut.

    “Ada pelbagai sebab untuk surat tunjuk sebab, tetapi kebanyakannya (berkaitan dengan penglibatan dalam) pengundian PKR,” katanya ketika dihubungi.

    Dalam satu kenyataan susulan tindakan disiplin tersebut, Faiz memberikan peringatan tegas kepada ahli Amanah agar memelihara disiplin organisasi selaras dengan perlembagaan dan kod etika parti.

    MENARIK:  Anak Hamzah didakwa terima rasuah RM100,000

    Pada minggu lalu, Faiz telah menasihatkan ahli Amanah agar tidak campur tangan dalam urusan PKR, terutamanya dengan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon.

    Walaupun tidak menyebut mana-mana pemimpin Amanah secara khusus, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pengarah komunikasinya, Khalid Samad yang memberikan pandangannya berhubung pengundian PKR dalam audio siar “Explain Sikit!” terbitan KiniTV.

    “Memandangkan pentas pengundian ini adalah urusan keluarga PKR, pimpinan dan ahli Amanah di semua peringkat tidak harus mencampuri proses ini.

    “Justeru, semua ahli Amanah perlu mengelak daripada membuat sebarang komen atau memberi pandangan dalam mana-mana platform media ataupun wacana berhubung proses pengundian ini, terutama kecenderungan memihak mana-mana calon bagi mengekalkan kesepaduan yang telah lama wujud antara Amanah-PKR,” kata Faiz dalam kenyataan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah