28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahi GRS jadi calon bebas dikenakan tindakan tegas

    Shopee Sale

    PRN SABAH | Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli dalam parti komponennya yang bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya negeri kali ini.

    Pengerusinya Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata perkara itu dikhuatiri boleh menyebabkan berlaku pertembungan sama ada dengan calon PGRS sendiri atau dengan parti komponen dalam GRS.

    "Bagi parti-parti yang friendly contest itu kita boleh terima, tetapi bagi ahli-ahli PGRS dan GRS yang bertanding calon bebas, kita akan ambil tindakan untuk pecat mereka daripada parti.

    "Ini kita tidak boleh bertolak ansur," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Pantai Dalit, Kiulu dan Tamparuli di Dewan Seri Sulaman, Tuaran hari ini.

    MENARIK:  Tujuh banduan wanita M’sia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

    Hajiji berdepan cabaran lima penjuru di DUN Sulaman apabila dicabar Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (BN), Mokhtar Hussin (Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (PN) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

    Pada PRN lalu Hajiji berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman dengan majoriti 3,099 undi dalam persaingan tiga penjuru.

    Sementara itu, Hajiji berkata dia yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

    "Inilah demokrasi. Semua boleh bertanding. Tetapi, saya amat yakin GRS akan menang dengan majoriti besar di kawasan Sulaman," kata Hajiji yang telah menyandang kerusi itu sejak 1990.

    Dia juga yakin GRS dan PH akan membentuk kerajaan pada 29 Nov ini.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah