33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AGC pertahan langkah guna pertuduhan bunuh kes Amirul Hafiz

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) dipertikai semalam selepas ia hanya memfailkan pertuduhan bunuh dan dadah atas kematian pekerja kilang dan penghantar barang Amirul Hafiz Omar.

    Ini kerana kesukaran dalam membuktikan pertuduhan bunuh, yang memerlukan pihak pendakwaan membuktikan sama ada niat atau tertuduh tahu tindakan mereka boleh menyebabkan kematian.

    Terdapat juga pertikaian mengapa pendakwa raya tidak meneruskan pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, di samping bunuh,

    Seksyen 44(1) Akta tersebut menyatakan bahawa, mereka yang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun, didenda antara RM50,000 hingga RM100,000, dan dihalang daripada memegang lesen memandu selama 10 tahun.

    Pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara antara 15 hingga 20 tahun, denda antara RM100,000 hingga RM150,000, serta lesen memandu mereka ditahan selama 20 tahun.

    Tertuduh dalam kes itu, R Saktygaanapathy, dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah semasa kemalangan maut di Klang pada pagi Ahad minggu lalu.

    Saktygaanapathy semalam mengaku bersalah atas kesalahan mengambil dadah. Dia masih belum membuat pengakuan atas pertuduhan membunuh, sementara menunggu kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

    MENARIK:  PAS minta polis bantu permudah himpunan Turun Anwar

    Apabila Malaysiakini mengemukakan soalan tentang mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak meneruskan pertuduhan membunuh dan memandu dalam keadaan mabuk semalam, Peguam Negara Dusuki Mokhtar melahirkan keyakinan terhadap keputusan pendakwaan.

    "AGC telah melihat perkara ini sebagai perkara serius yang menimbulkan kegemparan awam. Melihat fakta kes tersebut, ia mewajarkan kami untuk mendakwanya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kerana membunuh).

    "Ia adalah satu pengabaian terang-terangan terhadap nyawa manusia," katanya.

    Dia menambah bahawa AGC telah meneruskan pertuduhan pembunuhan yang serupa untuk kes kemalangan lain di Cyberjaya dan Terengganu.

    Kes di Cyberjaya dipercayai merujuk kepada kes langgar lari pada tahun 2018 di mana seorang pelajar Libya, Ahmed Abdullah Ali, didakwa atas pembunuhan Wan Amirah Wan Alias.

    Tidak jelas perkembangan kes itu kerana laporan media hanya mengikuti kes itu sehingga Ahmed didakwa tanpa sebarang maklumat terkini sejak itu. Malaysiakini sedang menghubungi salah seorang peguam warga Libya itu untuk mendapatkan maklumat terkini.

    Sementara itu, kes di Terengganu merujuk kepada kes di mana Norizan Ismail didakwa atas pembunuhan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dan percubaan membunuh seorang lagi.

    Kes itu masih berjalan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah