31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    401 projek naik taraf klinik, fasiliti kesihatan sedang disiapkan

    Shopee Sale

    Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini dengan kos dianggarkan RM150 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

    Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 55 projek naik taraf kesihatan adalah di Sabah dengan kos RM21.5 juta, dan dijangka siap sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk di negeri ini. 

    "Kita pastikan ia disiapkan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, semalam.

    Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna. 

    MENARIK:  Presiden 'termiskin' Jose Mujica meninggal dunia

    Dalam pada itu, beliau berkata tiga lagi projek sakit di bawah kementeriannya di Sabah telah dikenal pasti iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat serta naik taraf Hospital Papar dan Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tambunan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah