26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    10,000 pelajar Palestin terbunuh akibat pencerobohan Israel sejak Okt 2023

    Shopee Sale

    Kira-kira 10,043 pelajar Palestin terbunuh dan 16,432 yang lain cedera sejak bermulanya pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Okt tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Palestin.

    Agensi berita Palestin (WAFA) melaporkan kementerian itu dalam satu kenyataan berkata jumlah pelajar yang terbunuh di Semenanjung Gaza mencecah lebih 9,936 dan mereka yang cedera mencecah 15,897.

    Di Tebing Barat, 107 pelajar dilaporkan terbunuh dan 526 yang lain cedera.

    Ia menegaskan bahawa 504 guru dan pentadbir terbunuh dan 3,426 cedera di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan lebih 117 ditahan di Tebing Barat.

    Kementerian juga mengesahkan bahawa 119 sekolah kerajaan di Semenanjung Gaza rosak teruk dan lebih 62 sekolah musnah sepenuhnya manakala 191 sekolah kerajaan dan yang bergabung dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) telah dibom dan dirosakkan.

    MENARIK:  Lagi kucing dibunuh di Sarawak: Empat ekor dibakar hidup-hidup

    Menurut kementerian itu kira-kira 20 universiti rosak teruk dan lebih 31 bangunan universiti musnah sepenuhnya dan 57 musnah sebahagiannya di Semenanjung Gaza.

    Di Tebing Barat, 69 sekolah dirosakkan dan lima universiti diserbu berulang kali.

    Lebih 620,000 pelajar di Semenanjung Gaza, termasuk 39,000 pelajar sekolah menengah tidak dapat menghadiri sekolah mereka, manakala kebanyakan pelajar mengalami trauma psikologi dan menghadapi keadaan kesihatan yang sukar, lapor WAFA.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah