
Pelakon dan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antaranya dengan penyanyi rap Saixse baru-baru ini.
Hanya membantu

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 38 menafikan gambar imbasan ultrabunyi (ultrasound) yang tular baru-baru ini miliknya.
Katanya, gambar tersebut merupakan milik bekas kekasih Saixse yang menghubunginya untuk menegakkan kebenaran.
Dulu semasa mereka (bekas-bekas kekasih Saixse) nak tularkan perkara ini, tiada siapa yang percaya mereka.
Itu bukan gambar imbasan saya, bukan baby saya dan saya tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan dia.
Gambar imbasan itu milik wanita yang dihamilkan oleh penyanyi itu.
Katanya, dia hanya membantu para wanita yang tersakiti itu untuk mendapatkan kebenaran.
Tak keluar dengan lelaki miskin

Menjelaskan mengenai kad bank hilang, Zarina yang mesra disapa Anju berkata dia tidak gemar untuk berurusan dengan pihak bank memandangkan masih mempunyai satu lagi pilihan.
Saya kurang gemar untuk singgah pergi ke bank dan beratur. Apabila saya betul-betul perlukan kad bank itu, tiba-tiba hilang dan ia hilang semasa Aidilfitri.
Bagi saya, jika saya nak barang saya semula saya memang akan minta semula.
Anju turut mengakui kekhilafannya kerana terlalu cepat mempercayai orang yang tidak dikenali untuk memegang kad bank miliknya.
Dalam pada itu, Anju turut menegaskan dia tidak pernah mempunyai hubungan dengan penyanyi tersebut dan hanya akan keluar dengan lelaki yang berduit sahaja.
Satu Malaysia tahu saya hanya akan keluar dengan lelaki kaya jadi kenapa saya nak ada hubungan dengan penyanyi ini?





