26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Ditangkap Polis Kerana Menggunakan Kad Debit Orang Lain untuk Beli-Belah

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang wanita diberkas polis selepas disyaki menggunakan kad debit milik individu lain sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM4,400.

    Sakan belanja guna kad debit orang lain

    Sekadar gambar hiasan

    Penahanan terhadap suspek yang berusia 44 tahun itu dilakukan susulan kenyataan mangsa yang dimuat naik menerusi laman sosial berkaitan kad debit miliknya. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 telah dibuka.

    Semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran dari akaun mangsa pada 24 Disember 2023 sehingga 25 Disember 2023 tanpa pengetahuannya melibatkan kerugian berjumlah RM4,400.

    Sementara itu, orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan segera menyalurkan info berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

    MENARIK:  [VIDEO] Intan Najuwa Berkongsi Momen Awal Percintaan Bersama Suami - 'Haruslah Dia yang Mengorat Saya Terlebih Dahulu'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah