34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zul Ariffin Tak Jadi Hijrah Ke Mekah – ‘Saya Tak Nak Bekerjasama Dengan Orang Mengarut’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan telah membatalkan hasratnya untuk berhijrah serta menetap secara tetap di Mekah atas urusan perniagaan.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Macam Peti Ais Dalam Filem Magik Rompak’ – Zul Ariffin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Dipuji Profesional, Tak Melatah Ditendang Theebaan G – ‘Eh Kenapa Kau Stop?’

    Tidak jadi

    Ketika ditemui , pemilik nama Zulkifli Ariffin, 39, berkata keputusan itu diambil selepas menilai semula keadaan dan perancangan hidupnya.

    Kadang-kadang kita bersembang, kita rancang, kita gembira, kita kongsi dan kalau tak jadi nak buat macam mana. Kita pun kadang-kadang jumpa orang mengarut yang Allah bagi.

    Saya rasa ketika itu saya tengah gembira selain pernah duduk sana pun beberapa kali. Paling lama tinggal sampai tiga bulan.

    Rasanya itu (tinggal di Mekah) adalah hajat semua orang.

    Zul berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan filem baharunya, Malam Terlarang pada malam Selasa.

    Dalam pada itu, pelakon filem Magik Rompak itu berkata dia enggan meninggalkan kerjayanya dan hanya berserah kepada ketentuan takdir.

    Kadang-kadang sebagai artis ada benda yang kita rancang seperti perniagaan dan sebagainya tapi bisnes bukan keluar berniaga sahaja boleh terus jadi kaya.

    Kalau menjadi alhamdulillah tapi tidak semua berjaya, lagi pula saya bukan orang daripada keluarga peniaga.

    Dalam karier dan keadaan sekarang, kalau saya lepas (kerjaya) semata-mata ambil risiko bekerjasama dengan orang kita sendiri tak tahu betul atau tidak agak mustahil.

    Sekarang ini tahulah di luar itu ada macam-macam orang mengarut. Agak buang masa dan karier saya sekarang pun okey, satu demi satu tawaran datang.

    Buat apa saya bazir dan berikan komitmen pada benda tidak pasti.

    ‘Saya gembira di sini’

    Sementara itu, Zul yang mula berlakon sejak tahun 2008 itu berkata dia gembira dengan kerjayanya sekarang selain mengakui berhati-hati membuat keputusan yang membabitkan perjalanan hidupnya.

    Ini adalah padang saya dan saya gembira di sini.

    Dari umur saya 21 tahun saya berlakon. Untuk saya lepaskan fokus di sini atau mahu ke sana, perkara tersebut memerlukan sesuatu yang menyakinkan.

    Sekarang saya hanya padam saja niat itu dan tolak tepi sebab saya tak nak bekerjasama dengan orang mengarut. Itu saja.

    Kita ada fasa jumpa orang bagus dan ada juga bertemu orang mengarut. Saya anggap benda itu adalah fasa jumpa orang mengarut. Itu sahaja.

    The post [VIDEO] Zul Ariffin Tak Jadi Hijrah Ke Mekah – ‘Saya Tak Nak Bekerjasama Dengan Orang Mengarut’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Erissa Puteri Tak Anggap Adik Ipar ‘Overshadow’, Minta Netizen Henti Kecam – ‘Saya Tahu Dia Akan Pakai’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah