Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan situasi kurang menyenangkan apabila identitinya disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab menerusi sebuah akaun Instagram palsu.
Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Mohon Maaf Kepada Jabatan Penjara – ‘Apa Yang Saya Cerita Dalam Podcast Tidak Benar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Lihat Diri Sebagai Penjenayah’ – Yasin Sulaiman
Agak terganggu juga

Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Yasin Sulaiman berkata dia menyedari kewujudan akaun palsu itu pagi tadi selepas dimaklumkan oleh beberapa pengguna media sosial.
Justeru, dia tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan pengikut menyangka akaun tersebut miliknya.
Saya baru perasan pagi tadi ada akaun menggunakan nama Yasin Sulalman dan tengok ramai yang melaporkannya. Jadi, kalau ramai buat laporan, maknanya akaun itu akan dipadam dan akaun itu sudah dipadam. Akaun itu sudah tiada lagi. Syukur.
Agak terganggu juga melihat tindakan individu itu kerana dia menghantar mesej kepada semua pengikut saya. Semua orang ingat, ‘Eh, ini Yasin buka akaun baharu ke?’
Jadi, saya terus membuat hantaran untuk menjelaskan bahawa akaun itu bukan milik saya.
Yasin berkata demikian pada sidang media Pengumuman Konsert Lagenda Nasyid Malaysia yang berlangsung di Rabbani Event Hall, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Mimpi Laila itu memilih untuk melihat situasi berkenaan dari sudut positif dan tidak mahu terlalu memikirkannya.
Bagaimanapun, dia menegaskan penjelasan segera perlu dibuat bagi mengelakkan penyalahgunaan identiti itu berlarutan.
Saya terima semua benda positif sahaja. Sekarang ini kalau ada apa-apa cabaran, saya ambil mudah sahaja. Tidak adalah sampai nak terasa pun.
Cuma penerangan itu perlulah dibuat dengan cepat kerana takut nanti ada perkara lain berlaku.
Zaman sekarang banyak penipuan, scammer dan kes curi identiti. Kadang-kadang mungkin dia nak kenakan kita. Macam-macamlah.
Tidak rasa sama pun
View on Threads
Dalam pada itu, Yasin turut memberikan respons mengenai dakwaan wajahnya yang dikatakan mirip vokalis kumpulan rock, My Chemical Romance, Gerard Way yang menjadi perhatian baru-baru ini.
Jelasnya, dia tidak menyangka wajahnya dibandingkan dengan penyanyi itu kerana baginya mereka tidak kelihatan sama dan menganggap perkara tersebut hanya sekadar gurauan.
Saya tidak tahu sangat mengenai kumpulan itu dan baru hari ini tiba-tiba saya tengok kenapa ramai sangat cakap muka saya macam vokalis My Chemical Romance.
Saya pernah nampak penyanyi ini. Saya tidak rasa pun dia muka macam saya, tetapi di Threads ramai betul kata macam itu, jadi saya buat hantaran di Threads. Tidaklah sama sebenarnya.
Saya rasa individu yang buat hantaran kata wajah kami sama itu pun melawak sahaja. Saya okay sahaja.
Sekadar info, Yasin bakal bergandingan bersama kumpulan Brothers dalam Konsert Lagenda Nasyid Malaysia yang turut menghimpunkan kumpulan nasyid lain seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Inteam, UNIC, Aeydan dan NowSeeHeart.
Penganjuran konsert ini bertujuan meraikan perjalanan serta sumbangan muzik nasyid sepanjang tiga dekad di Malaysia.
Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 29 Mei 2027 bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia City, Selangor.
The post [VIDEO] Yasin Sulaiman Perjelas Akaun Instagram Palsu Guna Nama Sama – ‘Dia Hantar Mesej Kepada Follower Saya’ first appeared on OHBULAN!.





