Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila berkongsi usahanya dalam mendidik anaknya, iaitu Ammar Ahyan, mengenai tanggungjawab dalam pengurusan jenazah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Tinggal, Shahida Wajibkan Anak Ikut Ziarah Raya – ‘Nak Biasakan Mereka Bergaul’
Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Disleksia & ADHD – ‘Saya Down Dia Tak Boleh Membaca’
Didikan uruskan jenazah
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Shahida berkongsi bahawa ketika kedua ibu bapanya masih hidup, didikan mengenai pengurusan jenazah merupakan tanggungjawab yang tidak pernah diabaikan.
Menurutnya, arwah bapanya akan menghubungi setiap anak bagi memastikan mereka hadir setiap kali ada kenalan atau saudara meninggal dunia, sekali gus mendidik mereka tentang kepentingan fardu kifayah.
Dulu, masa ayah saya masih hidup, kami adik-beradik wajib menghadiri majlis kematian orang lain.
Ayah saya akan call setiap anaknya untuk memastikan kami semua hadir apabila ada kenalan atau saudara yang meninggal dunia.
Tetapi, bila ayah saya sudah tiada, saya sendiri sudah terbiasa dengan keadaan ini.
Tanggungjawab ilmu fardu kifayah

Tambahnya, kini dia berusaha menerapkan nilai yang sama kepada anak-anak, khususnya Ammar Ahyan, dengan mendedahkannya kepada pengalaman menguruskan jenazah agar lebih memahami tanggungjawab tersebut.
Saya juga ingin mendidik anak-anak saya supaya jadikan ia sebagai satu tanggungjawab dalam ilmu fardu kifayah.
Terutamanya, Ammar Ahyan untuk mendapatkan pengalaman dalam menguruskan jenazah.
Dalam pada itu, Shahida turut berharap agar suatu hari nanti, apabila dia dan suami tiada, anaknya mampu menguruskan jenazah mereka dengan sempurna.
Mudah-mudahan, bila suatu hari nanti bila saya dan suami sudah tiada, Ammar mampu menguruskan jenazah kami berdua.
Mandikan, solatkan, dan uruskan pengebumian kami.
Semoga Ammar menjadi contoh buat adik-adik yang lain.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Semoga Bila Saya & Suami Sudah Tiada, Ammar Mampu Uruskan Jenazah Kami’ – Shahida first appeared on OHBULAN!.





