30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Gemar Tidur Mengiring’ – Diana Danielle Utamakan Kualiti Tidur, Azam 2026 Jadi Insan Lebih Baik

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Diana Danielle menutup tirai 2025 dengan langkah baharu, bukan sahaja dalam kerjaya, tetapi juga kehidupan peribadi.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle ‘Diganggu’ Rakan Bapa Tiri – ‘Wajah Manis, Tapi Simpan Niat Jahat’

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dilamun Cinta, Berpegangan Tangan Dengan Jejaka Di Pusat Beli-Belah?

    Nak perbaiki diri

    Menurut Diana, 34, dia mahu memperbaiki diri serta mengeratkan hubungan dengan insan di sekeliling sebelum melangkah ke tahun baharu dengan lebih tenang.

    Saya nak jadi insan yang lebih baik. Bila kita dah sampai ke hujung tahun, mungkin ada hubungan yang tak begitu baik. Jadi saya nak cuba perbetulkan.

    Mengimbas kembali 2025 yang padat dengan kerja, Diana berkata tahun depan dia mahu lebih meluangkan masa dengan kedua cahaya matanya.

    Kata pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, dia juga bakal muncul dalam tiga filem yang dijadualkan tayang tahun hadapan.

    Tahun 2026 saya nak lebih fokus kepada anak-anak sebab tahun ini saya agak sibuk. Saya nak bantu mereka capai impian masing-masing.

    Selain itu saya ada tiga filem yang bakal keluar. Saya harap semua filem box office. Malah saya juga bakal keluar dengan single baharu dan harapnya lagu itu akan digemari ramai.

    Saya juga nak jadi anak perempuan, ibu, kawan, jiran yang baik. Semoga Allah makbulkan.

    Diana berkata demikian ketika majlis sambutan ulang tahun ke-50 Lee Swee Kiat Group Berhad (LSK) di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Pandai pilih tilam sesuai

    Walaupun sibuk sebagai wanita bekerjaya, pelakon filem Magika itu turut menekankan kepentingan tidur berkualiti untuk kesihatan fizikal dan mental.

    Sebagai duta jenama tilam premium Napure, Diana menekankan pemilihan tilam yang sesuai memberi kesan besar kepada tubuh badan.

    Kualiti tilam yang bagus memberi sokongan kepada badan. Ada tilam yang ada suhu, kelembutan dan ketegapan tertentu, ada juga yang beri cooling effect.

    Memandangkan saya gemar tidur mengiring, jadi tilam dan bantal yang salah boleh menyebabkan bahagian bahu atau tengkuk terasa sakit. Bila jadi duta Napure, saya dapat pilih tilam yang sesuai dengan cara tidur saya.

    Majlis ulang tahun ke-50 LSK berlangsung meriah dengan persembahan Diana dan sesi cabutan bertuah ‘Spend & Win’.

    MENARIK:  Tindakan Tegas Diminta Daripada Fahmi Fadzil Terhadap Podcast yang Mengundang 'Hot Daddy'

    Turut mencuri perhatian ialah Amber Chia, yang juga duta Napure, memperkenalkan koleksi edisi terhad ‘Blind Box’, satu strategi jenama untuk menarik peminat trend yang ingin meneroka dunia produk tidur premium Napure.

    Sementara itu, Pengarah Urusan LSK, Dato’ Eric Lee Kong Sim berkata, kejayaan LSK bukan sahaja berpaksikan kekuatan produk, tetapi juga sokongan pengguna serta kerjasama dengan rakan strategik seperti Cuckoo International, yang membantu memperluas tawaran dan segmen pelanggan.

    Dengan kemunculan Diana Danielle dan Amber Chia menambah keriangan pelanggan-pelanggan setia kami serta pengunjung pusat beli-belah ini, sambutan 50 tahun LSK jadi lebih bermakna.

    Kempen ‘Spend & Win’ yang berlangsung sejak Mac lalu mencatat lebih 1,800 penyertaan daripada pelanggan dengan pembelian minimum RM3,000. Hadiah utama termasuk kereta elektrik Proton e.MAS 7, percutian ke Eropah, beg Louis Vuitton, percutian kapal layar Disney, Dyson Airwrap dan peralatan rumah Cuckoo.

    Cabutan mini pula menawarkan hadiah segera seperti percutian ke Bangkok, pas Sunway Lagoon dan makan malam di Menara KL.

    Bagi LSK, sambutan ulang tahun ini bukan sekadar mengenang sejarah setengah abad, tetapi juga penghargaan kepada pelanggan setia.

    Bermula sebagai pengusaha perabot pada 1975, syarikat kini antara pengeluar tilam lateks paling lama bertapak di Malaysia dan memasarkan jenama antarabangsa seperti Tempur, Englander, Stressless dan Viscopedic.

    Selain itu, LSK turut mencatat pencapaian besar termasuk penyenaraian di Bursa Malaysia, beberapa pengiktirafan Malaysia Book of Records dan pensijilan Global Organic Latex Standard bagi produk lateks organik.

    Peralihan kepada model jualan terus kepada pengguna (D2C) juga membuka ruang kepada pendekatan pemasaran dan khidmat pelanggan lebih moden.

    The post [VIDEO] ‘Saya Gemar Tidur Mengiring’ – Diana Danielle Utamakan Kualiti Tidur, Azam 2026 Jadi Insan Lebih Baik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah