Pengurus kepada Fattah Amin yang dikenali Aca atau nama sebenarnya Sakirin Shak tidak dapat menyembunyikan rasa sebak ketika menitipkan pesanan kepada aktor itu bersama bakal isterinya, Amira Othman.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Syukur Dikelilingi Rakan Artis Yang Baik, Majlis ‘Bachelorette’ Usrah Dipuji Warganet
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lama Simpan Rahsia’- Rakan Kongsi Momen ‘Bachelorette Party’ Amira Othman
Pesanan buat pasangan

Menerusi potongan klip video di TikTok, Acah tidak menafikan bahawa Amira akan menjadi seorang ibu tiri yang baik kepada anak Fattah, Nur Fatima Aisya.
Dalam ucapan itu juga, Acah sempat menitipkan doa agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga.
Insyaa-Allah suatu hari nanti awak akan ada anak sendiri tetapi jangan lupa juga Fatima.
Saya tahu Amira akan menjadi seorang mak tiri yang sangat baik. Fattah sebenarnya seorang bapa yang sangat penyayang.
Saya harap hubungan kamu berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sehingga dipertemukan semula di dalam syurga.
Sebelum ini, desas desus mengenai hubungan pasangan selebriti itu akhirnya terjawab mereka mengesahkan hubungan mereka dan bakal diijabkabulkan pada 14 September 2025.
Majlis bakal pasangan pengantin itu dijadual berlangsung pada Ahad ini jam 8.00 malam, dalam suasana penuh romantis dan bersejarah.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Pengurus Titip Pesanan & Doa – ‘Fattah Seorang Bapa Penyayang, Saya Tahu Amira Akan Jadi Ibu Tiri Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.