33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] IshowSpeed Datang Terjah Gerai, Pemilik Dedah Terima Lebih RM360 Untuk Sebiji Burger

    Shopee Sale



    Seperti yang diketahui ramai, pempengaruh terkenal antarabangsa, IshowSpeed singgah ke Malaysia sekitar dua hari yang lalu sempena siri jelajahnya di sekitar negara Asia Tenggara.

    Sepanjang berada di ibu kota, Speed dilihat turut singgah di sebuah gerai burger tepi jalan yang terletak di Bangsar.

    Bayar RM362 untuk sebiji burger

    " data-video-id="7416648898783218951">
    @syokgeng Replying to @Tengku. Tengok sampai habis ?? #syokgeng #syokpod #syokbar #dreammade ? original sound – syokgeng

    Menerusi perkongsian dibuat @syokgeng di TikTOK, peniaga burger yang bertuah itu mendedahkan IshowSpeed telah memberikan sejumlah wang yang banyak selepas menikmati sebiji burger yang dimasaknya.

    Namun begitu, pemilik gerai Bob Burger Bangsar itu tidak pasti jumlah sebenar bayaran yang diberikan IshowSpeed kepadanya kerana pempengaruh itu memberikannya tujuh not wang kertas dalam mata wang Kemboja.

    Pemilik gerai itu kemudiannya meminta wargamaya mengirakannya jumlah sebenar mata wang tersebut di ruangan komen.

    Sebenarnya, duit yang dia bagi pada saya tempoh hari bukan dalam not mata wang U.S Dollar (USD), tapi dalam not mata wang Kemboja.

    Dia berikan saya tujuh keping not mata wang Kemboja bernilai 50,000 setiap satu.

    Tak berniat naik harga

    Sungguh pun begitu, pemilik gerai burger berkenaan menjelaskan bahawa dia tiada perubahan yang akan berlaku pada harga burger yang dijual dan sama sekali tidak akan menaikkan harga burger jualannya.

    Burger yang saya jual masih sama (harga) dan dijual dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

    Jangan risau, boleh datang (ke gerai burger).

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membantu mengirakan jumlah wang yang diberikan IshowSpeed kepadanya dan mendapati not kertas mata wang Kemboja sebanyak 7 keping itu bernilai lebih RM360 selepas ditukar kepada RM.

    MENARIK:  [VIDEO] Mawi Imbas Kembali Fenomena ‘Mawi World’ – ‘Saya Balik Kampung 500,000 Orang Sudah Berkumpul’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah