
Usahawan dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli beri penjelasan lanjut mengenai isu foto dirinya bersama aktres jelita, Diana Danielle yang mencetuskan pelbagai spekulasi.
Gimik semata
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa Diana merupakan heroin video muzik lagu terbarunya.
Saya sangat sedar diri.
Saya tidak handsome, gemuk, pendek dan saya masih tahu batas.
Supaya tidak berlaku fitnah, saya harus tegaskan bahawa Diana hanya untuk muzik video lagu terbaru saya.
Walau bagaimanapun, Iqbal akui tidak terasa hati sama sekali dengan komen-komen yang ditinggalkan.
Apa-pun saya tidak terasa hati untuk orang yang kata macam-macam.
Saya anggap itu adalah gurauan dan lagu saya bukan ke arah kontroversi.
Dalam pada itu, usahawan berusia 31 tahun itu menganggap netizen senang bergurau dengannya kerana tidak pernah melenting walau menerima pelbagai kata-kata negatif.





