29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas Isteri Dakwa Andika Putera Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?

    Shopee Sale



    andika curang 3

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pempengaruh Andika Putera didakwa berlaku curang sebelum bercerai dengan bekas isterinya Ananda Natasha.

    Curang dengan isteri orang?

    andika curang 1

    Menerusi Instagram Story (IG), Nastasha memuat naik tangkap layar perbualannya dipercayai bersama beberapa orang individu yang tidak dinyatakan identiti di aplikasi WhatsApp dan direct message (DM).

    Mereka mendedahkan kepada Natasha tentang sikap Andika yang didakwa curang. Bukan itu sahaja, pempengaruh berusia 27 tahun itu juga didakwa mempunyai hubungan dengan wanita berstatus isteri orang.

    Sementara itu, Natasha turut meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan Andika.

    Macam tu ke jalan ceritanya Andika? Tiga tahun awak curang dengan staf, saya masih terima awak, saya tetap jaga aib awak semua.

    Tak sanga selicik ini yang awak buat di belakang saya.

    Tak cukup dengan staf, bini orang pun sanggup awak sailang. Mana hati dan otak awak?

    Mesra di program motivasi?

    andika curang 2

    Dalam pada itu, terdapat seorang individu mendakwa bahawa dia melihat Andika mesra dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang ketika menjayakan sebuah program motivasi.

    Bagaimanapun, individu berkenaan mengambil tindakan untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Natasha sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu urusan peribadi mereka.

    Sementara itu, Natasha turut berasa kecewa terhadap sikap bekas suaminya itu yang didakwa tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.

    Masa itu agaknya tengah angau cinta terlarang. Ya lah, baru ceraikan isteri, dalam edah lagi.

    Kita siap minta tolong dengan perempuan itu suruh pujuk kesian sebab anak, patut lah masa tu kata suami tak bagi ikut campur dah hal saya, rupanya ada udang di sebalik batu.

    Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Andika dan Natasha dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

    MENARIK:  Pembantu Rumah Lari Ikut Lelaki & Curi Barang Kemas, Zarina Zainuddin Bengang

    Sebelum itu, meskipun Andika dan Natasha tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas mereka jarang dilihat bersama.

    Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah